Pau Marti Cerita Kisah Manis Harimau Malaya Kepada Warga Korea
MakanBola
FA Malaysia

Bekas pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memiliki banyak kenangan manis bersama pasukan itu.

Ini selepas jurulatih berusia 41 tahun itu berkongsi pengalaman itu bersama Football Agent Lab baru-baru ini.

Antara kenangan manis Pau Marti bersama skuad negara ialah kejayaan mengikat Korea Selatan 3-3 dan bergelar juara Pestabola Merdeka 2024.

“Berkenaan keputusan, rakyat Malaysia akan kejayaan kita mengikat Korea Selatan 3-3 di Piala Asia. Kita percaya kita telah mencapai lebih banyak ketika kejohanan, ia mewujudkan memori positif untuk satu negara.

“Sebagai ketua jurulatih, pencapaian saya yang paling hebat ialah memenangi Pestabola Merdeka, sebuah kejohanan yang sangat penting untuk bola sepak Malaysia.

“Kita menjulang trofi dengan menewaskan Lubnan di peringkat akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini tugasan pertama saya sebagai ketua jurulatih dan antara pencapaian yang saya amat hargai,” katanya.

Pau Marti mula dikenali bersama Harimau Malaya apabila menjadi pembantu Kim Pan-gon pada 2022.

Selepas jurulatih Korea Selatan itu meninggalkan pasukan pada pertengahan tahun 2024, beliau menggalas peranan sebagai jurulatih sehingga akhir tahun 2024.

Sepanjang tempoh itu, Pau Marti merekodkan empat kemenangan, tiga keputusan seri dan dua kekalahan.