Paul Scholes Berkorban Demi Anak Autisme
MakanBola
Manchester United

Legenda Manchester United, Paul Scholes mendedahkan beliau meninggalkan tugas sebagai penganalisis bola sepak demi menjaga anaknya, Aiden yang berstatus penghidap autisme.

Hal ini dikongsikan beliau menjadi tetamu program The Overlap baru-baru ini. Scholes, 50, mengambil langkah tersebut kerana anaknya memiliki rutin dan tabiat harian yang perlu dipenuhi.

“Saya membuat keputusan tahun ini kerana Aiden dan keperluan khasnya. Semua kerja yang saya lakukan sekarang hanya mengikut rutinnya dan dia punya rutin yang cukup ketat setiap hari,” katanya.

Scholes turut mendedahkan bahawa beliau telah berpisah dengan isterinya, Claire Froggatt. Meskipun telah berpisah, kedua-duanya memiliki hubungan baik dan berusaha menjaga Aiden sebaiknya.

“Saya memutuskan semua yang akan saya lakukan akan selalu bersama Aiden. Saya dan Claire (bekas isteri) sudah tidak bersama lagi, jadi kami menjaganya selama tiga malam mengikut giliran masing-masing dan ibu Claire menjaganya setiap malam Jumaat.

“Kami selalu melakukan hal yang sama dengannya. Dia tidak akan tahu hari apa sekarang atau jam berapa. Tapi dia akan tahu hari apa sekarang daripada apa yang kami lakukan,” ujarnya.

Scholes juga berkongsi kebimbangannya tentang siapa yang akan menjaga puteranya itu seandainya beliau tiada nanti.

“Kebimbangan besar saya sekarang ini ialah anda akan jadi semakin tua, apa akan jadi bila anda tiada nanti? Itulah perkara yang bermain dalam fikiran saya sepanjang masa,” katanya.

Selain Aiden, Scholes turut memiliki dua orang anak iaitu Alicia dan Aiden. Alicia merupakan pemain bola jaring semi-profesional untuk England dan London Pulse.

Meskipun tidak lagi muncul di televisyen, Scholes tidak meninggalkan dunia media sepenuhnya. Beliau kini menjadi pengacara program audio siar The Good, The Bad & The Football bersama seorang legenda United, Nicky Butt.