Hasrat Pearly Tan dan M. Thinaah meraih kejuaraan kedua tahun 2025 terbantut di pentas final Japan Open 2025.
Beregu nombor tiga dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan beregu China, Liu Sheng Shu dan Tan Ning.
Selepas menewaskan wakil tuan rumah, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida di peringkat separuh akhir, Pearly-Thinaah berharap dapat menambah kejuaraan kedua untuk tahun 2025.
Meskipun begitu, Sheng Shu-Tan Ning menjadi penghalang antara mereka dan trofi kejohanan. Ini ditambah beregu nombor satu dunia itu memiliki rekod baik ke atas Pearly-Thinaah.
Ini termasuk kemenangan yang diraih di pentas final Indonesia Open. Sheng Shu-Tan Ning dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan 23-25, 21-12, 21-19.
Set pertama menyaksikan juara Malaysia Masters itu selesa mendahului pada kedudukan 15-7. Kelebihan itu terus dipertahankan Sheng Shu-Tan Ning sebelum menang dengan keputusan 21-15.
Set kedua menyaksikan dominasi beregu China itu sukar dicabar Pearly-Thinaah. Ini sudah cukup buat Sheng Shu-Tan Ning mengesahkan kemenangan dengan keputusan 21-14.
Selepas ini, Pearly-Thinaah mengalihkan fokus kepada saingan China Open yang membuka tirainya pada 22 Julai ini.