Pearly Tan-M. Thinaah Gondol Emas Sukan SEA Beregu Wanita
UltraSukan
BA Malaysia

Pearly Tan dan M. Thinaah menepati ramalan untuk meraih pingat emas Sukan SEA 2025 untuk acara beregu wanita.

Pearly-Thinaah terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan beregu ke-10 dunia dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi.

Selepas menewaskan satu lagi wakil Indonesia, Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum di peringkat separuh akhir, beregu wanita negara sudah bersedia mengakhiri kemarau pingat emas selama sedekad.

Set pertama menyaksikan Pearly-Thinaah menguasai set pertama dengan keputusan 21-16. Situasi ini mendorong Febriana-Amallia cuba bangkit pada set kedua.

Selepas ketinggalan 11-4, mereka berjaya mengikat kedudukan 16-16. Meskipun cuba diberi tentangan Pearly-Thinaah, Febriana-Amallia memenangi set kedua dengan keputusan 21-19.

Ini memaksa perlawanan diheret ke set penentuan. Selepas terikat 11-11, Febriana-Amallia mendahului pada kedudukan 15-12.

Pearly-Thinaah kemudiannya mengikat kedudukan 17-17. Ini dijadikan platform untuk beregu wanita nombor satu Malaysia itu untuk menang dengan keputusan 21-17.

Keputusan ini dijangka membakar semangat Aaron Chia-Soh Wooi Yik. Bekas juara dunia itu akan turun untuk final beregu lelaki menentang wakil Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Reza Pahlevi Isfahani.