Beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah merangkul gelaran juara Arctic Open 2025 selepas menumpaskan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di perlawanan akhir pada Ahad.
Kejayaan Pearly Tan-Thinaah menjuarai Arctic Open kali ini menyaksikan misi pasangan ini berhasil bagi menebus duka tumbang di final tahun lalu kepada beregu China, Liu Sheng Shu-Tan Ning
Berdasarkan rekod pertemuan, Pearly-Thinaah nampak lebih unggul dengan 5 kemenangan dalam 7 aksi menentang Rin Iwanaga-Kie Nakanishi tatkala kali terakhir mereka bertemu di Indonesia Open lalu.
Permainan cemerlang ditampilkan oleh Pearly-Thinaah di set yang pertama menerusi pukulan-pukulan yang gagal dibaca oleh lawan sebelum beregu negara menang dengan mudah 21-7.
Rentak positif ini berterusan lagi apabila kesilapan kecil yang dilakukan oleh Iwanaga-Nakanishi memberikan mata penting kepada Pearly Tan-Thinaah dan menutup aksi dengan cukup manis.
Aksi tamat, Pearly Tan-M. Thinaah berjaya menewaskan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dengan keputusan 21-7, 21-9 untuk muncul selaku juara Arctic Open 2025.