Difahamkan pejabat FIFA kekal akan berada di Malaysia sekaligus menepikan dakwaan pejabat FIFA bakal dibuka di Jakarta Indonesia.
Menurut sumber di laman X Astro Arena ” Tiada keperluan untuk cawangan pejabat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berpindah pusat ke Indonesia, sebaliknya kekal di Kuala Lumpur dan akan beroperasi secara biasa”.
Kuala Lumpur kekal sebagai hab serantau di Asia Tenggara ini dan sekitarnya kerana banyak memfokuskan program pembangunan bolasepak dari peringkat muda dan akar umbi seperti Akademi Mokhtar Dahari.
Menurut sumber Astro Arena, pejabat di Malaysia yang merupakan cawangan bagi Pejabat Pembangunan Wilayah FIFA (FIFA ‘s Regional Development Offices) masih ada di Kuala Lumpur.
Terdapat 21 Persatuan Bolasepak di Asia Timur dan Asia Tenggara ini dapat menjadikan pusat penyelarasan bagi semua pihak di hab serantau ini.
infantino melaksanakan hab serantau ini bagi bertujuan mencerminkan kesungguhan jangka panjang FIFA terhadap pembangunan bola sepak di Asia terutamanya di Asia Tenggara yang kian meningkat naik oleh para warga Asean.
Untuk makluman skuad Malaysia bakal meneruskan cabaran Kelayakan Piala Asia 2027 bagi melayakkan diri ke Piala Asia 2027 yang bertempat di Arab Saudi.