Harimau Malaya mengatur pelan berbeza bagi mengharungi dua aksi Oktober ini.
Skuad kendalian Peter Cklamovski terpaksa melupakan khidmat tujuh pemain warisan negara buat sementara waktu.
Usaha itu tidak merencatkan persiapan pasukan apabila senarai 29 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat Harimau Malaya telah pun diumumkan.
Malaysia memanggil beberapa tonggak baharu dan membentuk gabungan pemain muda dan berpengalaman bagi membawa cabaran pasukan.
Antara nama yang mencuri tumpuan ialah tonggak Selangor FC, Aliff Izwan, Ubaidullah Shamsul (Terengganu), Ramadhan Saifullah dan penyerang naturalisasi negara, Jordan Mintah yang beraksi buat Kuching City FC.
Pasukan kebangsaan bagaimanapun bakal dibarisi beberapa muka senior seperti Dion Cools, Shahrul Saad, Stuart Wilkin, Paulo Josue dan juga Sadaw
Harimau Malaya berpeluang untuk melebarkan rekod cemerlang berdepan Laos yang menduduki tangga ke-176 dunia selepas menang kesemua lima pertemuan terakhir.
Malaysia berjaya menundukkan Laos pada satu pertemuan aksi persahabatan, November 2024 dengan keputusan 3-1 selain dibantu prestasi semasa yang cukup memberangsangkan.
Harimau Malaya akan bertemu Laos bagi aksi pertama pada di gelanggang lawan pada 9 Oktober sebelum menentang lawan sama, 14 Oktober 2025 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.