Harimau Malaya memiliki peluang cerah untuk mara ke pentas Piala Asia 2027.
Skuad kendalian Peter Cklamovski cemerlang merakamkan dua lagi kemenangan ke atas pasukan ke-185 dunia, Laos, masing-masing dengan keputusan 3-0 dan 5-1 di laman sendiri.
Kejayaan itu memastikan pasukan kebangsaan terus selesa di tangga teratas Kumpulan F dengan 12 mata – 3 mata meninggalkan pasukan tangga kedua, Vietnam (9 mata).
Malaysia kini berada pada landasan terbaik untuk menutup kempen 2025 tanpa sebarang kekalahan di bawah kendalian jurulatih kelahiran Australia itu.
Malaysia kini masih belum tewas dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 termasuklah rekod cemerlang dalam siri persahabatan antarabangsa Tier 1.
Malaysia kini berada pada kedudukan terbaik untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2027 dengan memerlukan enam mata lagi untuk mengesahkan kemaraan.
Harimau Malaya turut mencatatkan peningkatan pada kemas kini ranking masa-nyata FIFA apabila melonjak ke tangga 118 dunia berbanding 123 dunia pada kemas kini sebelumnya.
Skuad negara kini menjadi pasukan ketiga terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (98) dan Vietnam ke-111 dunia.