Peluang Malaysia Cipta Kejutan
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia berpeluang mencipta kejutan menjelang dua aksi terakhir Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

Skuad kendalian Peter Cklamovski mengekalkan rekod cemerlang 100 peratus kemenangan selepas menewaskan Laos pada dua aksi terakhir kumpulan.

Harimau Malaya turut berjaya memperbaiki kedudukan semasa – naik lima tangga daripada kedudukan ke-123 dunia kepada 118 dunia berdasarkan kemas kini FIFA.

Dua aksi terakhir peringkat kumpulan menjadi penentu kepada peluang Malaysia untuk mara ke pusingan akhir di Arab Saudi pada tahun 2027.

Harimau Malaya berada pada kedudukan terbaik untuk merakam kemenangan kelima peringkat kumpulan dengan tambahan  +6.88 mata bakal jadi milik Malaysia.

Situasi ini sekali gus membuka peluang buat Malaysia mengumpul 1168.41 mata secara keseluruhan.

Pasukan kebangsaan juga bakal mengumpul 15 mata daripada selepas Hari Perlawanan 5 manakala kedudukan kedua ditentukan hasil pertemuan antara Vietnam dan Laos.

Ujian sebenar Malaysia bagaimanapun bakal berlangsung pada Mac 2026 pada aksi terakhir menentang Vietnam kendalian Kim Sang-sik di tempat lawan.

 Perlawanan Nepal vs Malaysia akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil susulan venue asal di Nepal tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dengan sepak mula aksi tepat jam 9.00 malam, 18 November 2025.