Pemain kelahiran England, Anuar Ceesay kini telah tiba di Malaysia.
Tonggak berusia 21 tahun itu didakwa memiliki pertalian darah dengan Malaysia dan sering mendapat liputan oleh peminat bola sepan tanah air.
Beliau kini beraksi di England bersama Leatherlead FC bagi saingan Non League Division One dan dikatakan berdarah England-Gambia.
Perkongsian di laman Instagramnya menunjukkan bahawa beliau sudah tiba di Malaysia baru-baru ini dengan tujuan asalnya masih belum dinyatakan.
Laman Harimau Abroad turut mengukuhkan status pemain ini sambil memuat naik satu hantaran yang menunjukkan kelibat Anuar di Malaysia.
Terdapat beberapa sumber yang melaporkan bahawa pemain ini bakal menyertai sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang bagi saingan musim hadapan.
Malaysia turut memiliki beberapa tonggak lain yang beraksi di England seperti Richard Chin dan juga Kobe Chong.