Pemain Laos Kongsi Gambar Sarung Jersi Dion Cools
MakanBola
KD/MNT

Seorang pemain Laos menarik perhatian ramai dengan memuat naik gambarnya menyarung jersi kapten Harimau Malaya, Dion Cools.

Dua gambar tersebut dikongsikan pemain sayap Laos, Khampane Douangvilay di Facebook tidak lama selepas aksi menentang Harimau Malaya pada 14 Oktober lalu.

Meskipun tidak beraksi dalam perlawanan itu, pemain sayap berusia 21 tahun itu bertuah kerana dapat bertukar jersi dengan Cools.

Khampane menunggu peluang untuk membuat penampilan senior pertama di peringkat antarabangsa bersama pasukan yang dibimbing Ha Hyeok-jun itu.

Malaysia bangkit daripada ketinggalan pada separuh masa pertama untuk meraih kemenangan 5-1. Faisal Halim, Romel Morales dan Paulo Josue mencetak nama sebagai penjaring dengan Khammanh Thapesut menyumbat gol sendiri.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia bukan saja memperkukuh kedudukan sebagai pendahulu Kumpulan F dengan 12 mata.

Malah, Harimau Malaya turut memperbaiki kedudukan ranking semasa FIFA ke kedudukan ke-118 berdasarkan kemas kini terbaru.