Peminat Liga Jepun Puji Kualiti Dion Cools
MakanBola
Cerezo Osaka

Seorang peminat liga Jepun merasa kagum dengan kualiti yang dimiliki orang besi Harimau Malaya, Dion Cools.

Hal ini dinyatakan pengguna X, Taka bila mengulas 20 hantaran yang dibuat pemain Cerezo Osaka ketika menentang Vissel Kobe baru-baru ini.

Taka kagum melihat ketenangan yang dipamerkan Cools sebagai bek kanan. Meskipun cuba ditekan pemain Vissel, pemain berusia 29 tahun itu tetap tenang bukan saja semasa bertahan.

Malah, Cools juga boleh melihat siapa pemain yang patut dihantar ketika Cerezo melancarkan serangan.

Taka menyifatkan sepanjang pengalamannya menonton J League, belum pernah ada pemain Asia Tenggara beraksi cukup baik dalam liga itu.

“Cools adalah pemain yang hebat dalam serangan dan pertahanan dalam perlawanan ini,” katanya.

“Saya telah menonton J.League selama bertahun-tahun, dan saya tidak pernah melihat pemain Asia Tenggara beraksi begitu baik dalam J.League.”

Cools menjadi pemain Asia Tenggara terbaru yang memilih beraksi dalam saingan J League. Beliau mengikut jejak beberapa bintang ASEAN lain seperti Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan.

Beliau sudah merekodkan tujuh penampilan bersama Cerezo sejak menyertai kelab itu dari Buriram United.