Skuad Penang dilihat lambat panas ketika menentang Johor Darul Ta’zim pada Khamis bagi aksi ke 5 saingan Liga Super.
Penang tumpas di tangan pasukan Harimau Selatan dengan keputusan 6-0 sekaligus kekal tidak memperoleh kemenangan dalam 5 perlawanan pertama.
Skuad Harimau Kumbang sekarang menghuni di tangga terakhir liga dengan hanya mengumpul 1 mata hasil dari 1 seri dan 4 kekalahan.
Menurut Wan Rohaimi dalam laporan TV Sarawak, skuad beliau lambat panas dalam aksi terutamanya berdepan JDT ini.
“Secara keseluruhan saya boleh katakan dua prestasi yang berbeza, pada separuh masa pertama dan kedua. Sindrom ‘lambat panas’ ataupun lambat untuk settle down dalam game, dan apabila bertemu dengan JDT kita akan dihukum disebabkan prestasi itu,” katanya dalam laporan TV Sarawak.
Sementara itu, perubahan taktikal di separuh masa kedua skuad Penang dilihat mampu memberi sedikit tekanan kepada pasukan JDT sehingga dapat menjaringkan gol namun gol tersebut dibatalkan.
Penang bakal meneruskan aksi dalam saingan pusingan 16 Piala FA musim ini dengan menentang Melaka pada 15 September di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.