Harimau Malaya memiliki pengganti segera untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang warisan, Joao Figueiredo.
Senarai 29 pemain untuk memperkuat pasukan kebangsaan telah pun dikeluarkan dengan 7 pemain warisan negara tidak tersenarai.
Ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski bagaimanapun telah melakukan persediaan rapi untuk membawa pengganti setara bagi berdepan Laos pada dua aksi menanti.
Jurulatih kelahiran Australia itu telah menyenaraikan beberapa muka baharu termasuklah membawa semula Declan Lambert dan Ramadan Saifullah bersama skuad negara.
Namun begitu, posisi penting skuad negara iaitu jentera serangan diwarnai muka baharu selepas peledak Kuching City, Jordan Mintah mendapat panggilan kebangsaan.
Beliau yang baru dinaturalisasikan pada tahun ini bakal membuat debut dengan pemain seperti Romel Morales, Faisal Halim, Safawi Rasid dan juga Paulo Josue.
Bagi musim 2025/26, Mintah telah merekodkan satu jaringan di Liga Super dan membantu Kuching City menduduki tangga keempat selepas enam perlawanan.
Ujian pertama Malaysia adalah menentant anak buah Ha Hyeok-jun pada 9 Oktober 2025 di tempat lawan sebelum pulang ke Bukit Jalil bagi aksi berikutnya, 14 Oktober 2025.