Peledak berbisa Indonesia, Ramadhan Sananta telah memuji kualiti yang dimiliki oleh Liga Super Malaysia.
Pemain berusia 23 tahun itu membawa haluan baharu untuk bersaing dalam kancah bola sepak Malaysia apabila sah bersama Brunei DPMM FC bagi musim 2025-26.
Setelah dua musim bersama Persis Solo dan pernah dilatih oleh pengendali Malaysia, Datuk Ong Kim Swee, penyerang bertubuh sasa ini memilih untuk mencari haluan baharu.
Bekas pemain PSM Makassar ini tidak sabar untuk memulakan kariernya di Malaysia sambil melihat persaingan kompetitif di sini menyebabkan beliau tertarik untuk ke Brunei DPMM FC.
“Saya tahu persaingan antara kelab di Malaysia amat tinggi, kerana itulah saya memilih untuk beraksi di sini (Liga Malaysia).
“Saya mahu mencuba perkara baharu dan sebagai penyerang, saya mahu membantuk Brunei DPMM FC,” katanya kepada MFL.
Berdasarkan statistik Transfermarkt, Ramadhan menjaringkan 16 gol dalam 58 penampilan dalam semua kejohanan bersama Persis Solo.