Penyokong JDT & Kuching City Saling Bersorak Terima Kasih
MakanBola
Johor Southern Tigers

Gelagat penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuching City FC saling bersorak terima kasih mencuri perhatian di media sosial.

Kedua-dua pasukan berentap di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk aksi separuh akhir kedua Piala FA.

JDT memastikan kemaraan ke pentas final dengan meraih kemenangan 2-0. Bergson da Silva dan Eddy Israfilov masing-masing mencetak nama sebagai penjaring.

Selepas perlawanan tamat, kumpulan penyokong JDT terlebih dahulu bersorak dan menyatakan terima kasih kepada kumpulan penyokong lawan.

Hal ini mendorong kumpulan penyokong Kuching City membalas sorakan penyokong tuan rumah. Perkara ini berlaku sebanyak dua kali.

Gelagat sorakan dua kumpulan penyokong ini dikongsikan seorang pengguna X bernama NorphGun baru-baru ini.

JDT akan berdepan Sabah FC di pentas final. Sabah mara menerusi penentuan sepakan penalti dengan menyingkirkan Selangor FC dalam satu lagi aksi separuh akhir.