Perak mencipta kejutan untuk terus melakar kejayaan musim ini.
The Bos Gaurus dalam diam tampil dengan persembahan yang cukup konsisten selepas berakhirnya Hari Perlawanan 11 di Liga A1 Semi Pro.
Saingan melibatkan 16 pasukan musim ini menyaksikan pasukan bimbingan Syamsul Mohd Saad kini berada pada landasan terbaik untuk memburu kejuaraan.
Pada musim ini, skuad yang dibarisi nama-nama seperti Syazwan Syazany, Izhar Daniel Zaini, Akmal Hazim Ismail, Amirul Fikri Abdullah dan Afifin Arfa menduduki tangga kedua dengan 24 mata.
Perak telah pun merekodkan tujuh kemenangan, tiga keputusan seri dan hanya tewas sekali selain merekodkan 22 jaringan dan bolos enam kali.
Sementara itu, Kedah FA mempamerkan saingan kompetitif selepas 11 aksi – melakar enam kemenangan, tiga seri dan tewas sebanyak dua kali.
Terbaru, skuad kendalian Victor Andrag mencatatkan kemenangan berdepan Kelantan WTS dengan keputusan 2-0 untuk melonjak ke tangga keempat kumpulan.
Kedah dibarisi muka-muka muda dan berpengalaman seperti Asnan Ahmad, Azim Anuar, R. Veloo, Aiman Afif dan juga Jasmir Mehat.
Cabaran hebat menanti Kedah FA apabila bakal melayan kunjungan Selangor FC ll pada 14 November 2025 di Stadium Darul Aman jam 8.45 malam.