Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski melakukan percaturan genius menjelang aksi menentang Nepal.
Skusd kebangsaan bakal mengharungi aksi kelima Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 di laman sendiri menentang pasukan ke-180 dunia itu.
Malaysia kini berada pada momentum cemerlang selepas merekodkan empat kemenangan dengan rekod 100 peratus pada peringkat kumpulan.
Satu lagi cabaran menanti buat Harimau Malaya di laman sendiri dengan jurulatih kelahiran Australia itu telah mengumumkan senarai 27 pemain yang bakal membawa cabaran negara.
Sungguhpun tanpa tujuh pemain warisan, Cklamovski cukup genius untuk membentuk barisan terbaik hasil gabungan pemain muda dan berpengalaman.
Beliau telah memanggil beberapa pemain muda seperti Sikh Izhan pada posisi penjaga gol termasuklah Azam Azmi, Harith Haiqal, Ubaidullah Shamsul – pertahanan.
Bahagian tengah dan serangan menyaksikan watak seperti Nooa Laine, Ramadhan Saifullah termasuklah pemain muda Selangor FC, Aliff Izwan Yuslan mendapat panggilan kali ini.
Cklamovski turut mempertaruhkan pemain berpengalaman seperti Junior Eldstal, Corbin Ong dan Daniel Ting pada posisi pertahanan selain Sergio Aguero dan Paulo Josue pada posisi serangan negara.
Kombinasi sempurna ini telah memastikan rekod bersih Harimau Malaya sejak empat aksi terakhir termasuklah perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Singapura (2-1) dan Palestin (1-0).
Aksi Malaysia vs Nepal dijadual berlangsung pada Selasa, 18 November 2025 jam 9.00 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.