FAM sah membawa rayuan badan induk itu dan tujuh pemain warisan negara ke peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Perkara ini disahkan Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi menerusi satu berita yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Sebelum ini, ramai tertanya-tanya apa pendirian FAM sama ada membawa kes rayuan mereka ke CAS atau tidak.
Ini selepas rayuan badan induk itu dan tujuh pemain negara ditolak Jawatankuasa Rayuan FIFA pada awal November lalu.
Kini, Yusoff mengesahkan FAM sudah membuat permohonan alasan bertulis dalam tempoh 10 hari seperti yang ditetapkan Jawatankuasa Rayuan FIFA.
“(Rayuan ke) CAS dimulakan! Datuk Wira Yusoff Mahadi sahkan FAM sudah memohon alasan bertulis dalam tempoh 10 hari seperti yang ditetapkan sebaik keputusan Jawatankuasa Rayuan FIFA diumumkan pada 3 November lalu,” katanya di X.
CAS merupakan saluran terakhir FAM dan tujuh pemain negara membuat rayuan berhubung hukuman FIFA.