Aksi play-off AFC Champions League Elite 2 (ACL2) antara Persib Bandung dan Manila Diggers dimenangi oleh kelab Indonesia.
Kedua-dua pasukan turun dalam aksi play-off ini dengan misi memastikan tempat di ACL2 musim 2025-2026 dan akhirnya Persib Bandung melengkapkan 16 kelab yang akan bersaing nanti.
Pada aksi ini, Bojan Hodak membariskan nama-nama hebat antaranya Luciano Guaycochea, Marc Klok dan Frans Putros manakala Saiko Ceesay mengetuai jentera serangan Manila Diggers.
Jaringan pembukaan dicipta tuan rumah menerusi gol sendiri oleh penjaga gawang Manila Digger, Michael Asong sekaligus memberikan kelebihan awal buat Persib Bandung di minit ke-38.
Usaha berterusan dilakukan oleh Manila Digger bagi mencari gol penyamaan dan akhirnya bek tengah, Modou Joof tenang mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-66 setelah mengatasi Teja Paku Alam di gawang.
Keceriaan kelab Filipina itu tak bertahan lama apabila Persib Bandung kembali di hadapan selang 10 minit kemudian hasil penyudah penyerang, Uilliam dan menceriakan penyokong di stadium.
Aksi tamat, Persib Bandung berjaya menundukkan Manila Digger dan layak ke saingan ACL2 bagi musim 2025-2026.