Johor Darul Ta’zim (JDT) berpeluang untuk memanfaatkan kerapuhan benteng pertahanan Bangkok United, malam esok.
Pasukan kendalian Xisco Munoz dalam momentum terbaik selepas membelasah Sabah FC dengan keputusan 8-0 pada aksi keenam Liga Super 2025-26.
Skuad Harimau Selatan menyambung cabaran berikutnya pada aksi ACC Shopee Cup 2025-26 apabila bakal menentang wakil Thailand, Bangkok United pada Khamis, 25 September 2025.
JDT menbawa moral terbaik apabila beraksi di laman sendiri dan memberikan kelebihan di hadapan puluhan ribu peminat setia pasukan.
Malah, juara bertahan Liga Super itu sudah pun mencatatkan kemenangan pertama ke atas wakil Singapura, Lion City Sailors dengan keputusan 3-1.
Bangkok United turun ke Stadium Sultan Ibrahim dengan rekod pertahahan yang kurang memberangsangkan selepas bolos 10 kali dalam enam perlawanan terakhir.
Jentera serangan pasukan kendalian Sripan Totchtawan menjaringkan 14 gol dalam enam aksi terakhir namun kekalahan kepada Buriram United pada aksi terakhir bakal memberikan kesan besar.
Sementara itu, JDT pula hadir dengan rekod gah apabila merekodkan 22 jaringan dan hanya dibolosi tiga kali dalam enam perlawanan terakhir.
Aksi antara JDT menentang Bangkok United bakal berlangsung pada Rabu, 25 September jam 5.30 petang di SSI.