Peter Cklamovski Beri Bayangan Status Jordan Mintah
MakanBola
Malaysia NT

Ketiadaan penyerang Harimau Malaya, Jordan Mintah ketika aksi bertemu Laos menimbulkan persoalan lalu dijawab oleh Peter Cklamovski.

Aksi Malaysia vs Laos dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2027 menyaksikan kemenangan 3-0 memihak pasukan negara hasil jaringan Arif Aiman, Dion Cools dan Faisal Halim di babak kedua.

Walau bagaimanapun, hasrat peminat Harimau Malaya untuk menonton penampilan sulung penyerang naturalisasi baharu, Jordan Mintah tidak kesampaian apabila namanya itu tiada di dalam senarai 23 pemain.

Ketika ditanya semasa sidang media, jurulatih negara, Peter Cklamovski menjelaskan bahaa Jordan Mintah memerlukan dokumen penting untuk melengkapkan proses naturalisasi beliau.

Menurut Cklamovski lagi, beliau tak terlibat secara langsung dalam urusan tersebut dan hanya menunggu perkembangan rasmi daripada pihak berkaitan sebelum membuat keputusan terhadap penyertaan pemain Kuching City itu.

“Saya tak pasti (peluang Jordan Mintah beraksi Selasa ini) kerana ini adalah dokumen yang diperlukan untuk proses naturalisasi beliau selama lima tahun,” ujar Peter Cklamovski.

“Ia di luar kawalan saya. Saya hanya akan dimaklumkan apabila proses itu diluluskan, dan apabila beliau diluluskan, barulah beliau layak untuk dipilih menyertai pasukan,” jelas beliau lagi.

Tambah jurulatih kelahiran Australia itu, nama Jordan Mintah berkemungkinan besar akan disenaraikan semula untuk aksi bertemu Laos pada Selasa ini andainya urusan dokumentasi berkenaan selesai mengikut jadual.

Maka, terjawab sudah mengenai ketiadaan Jordan Mintah ketika aksi di New Laos National Stadium semalam adalah kerana masih terdapat dokumen Jordan Mintah yang perlu diselesaikan.

Aksi Malaysia vs Laos akan berlangsung pada Selasa, 14 Oktober hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula perlawanan dijadualkan tepat jam 9 malam.