Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski meletakkan kepercayaan tinggi kepada pemain tengah negara, Wan Kuzain Wan Kamal.
Malaysia membuka langkah cemerlang pada aksi persahabatan Tier 1 menentang pasukan ke-159 dunia, Singapura menerusi kemenangan 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Jaringan oleh Stuart Wilkin dan Joao Figueiredo sudah cukup untuk memastikan kejayaan buat pasukan kebangsaan di laman sendiri.
Tonggak berusia 27 tahun itu beraksi cemerlang di Amerika Syarikat bersama St Louis City 2 di MLS Next Pro League setelah kembali daripada kecederaan panjang.
Pemain Amerika-Malaysia ini menerima penilaian tertinggi sejak beliau kembali beraksi pada Mac lalu dengan 8.1 mata oleh laman Sofascore sungguhpun tewas pada penentuan penalti kepada Houston Dynamo FC.
Prestasi memberangsangkan Kuzain telah membuka mata pengendali skuad kebangsaan apabila beliau berada dalam kelompok 20 pemain Senarai Bersedia pada kem September ini.
Antara muka baharu yang mendapat tempar dalam skuad Malaysia kali ini ialah tonggak Raith Rovers, Richard Chin selain beberapa pemain luar negara seperti Facundo Farces (Alaves), Dion Cools (Cerezo Osaka) dan Sergio Aguero (Kanchanaburi) turut mendapat tempat.
Kuzain masih berpeluang untuk mendapat tempat pada kem seterusnya iaitu Oktober ini bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos bagi dua perlawanan.
Aksi antara Malaysia vs Palestin bakal berlangsung pada Isnin, 8 September di Stadium Sultan Ibrahim pada jam 9.00 malam.