Bekas pemain kebangsaan, S. Subramaniam menyifatkan ketua jurulatih, Peter Cklamovski mengetahui cara untuk menghadapi isu hukuman FIFA.
Hal ini disuarakan berkenaan isu hukuman FIFA kepada FAM & 7 pemain warisan Malaysia pada 26 September lalu.
FAM hanya mempunyai 10 hari untuk membuat rayuan bermula dari tarikh hukuman itu dikeluarkan.
Menurut S. Subramaniam, beliau menjangkakan Peter Cklamovski tidak akan mengubah cara beraksi dan akan mengutip mata penuh ketika menentang Laos.
” Peter Cklamovski tidak akan menukar corak permainan yang ketara kerana sejak beliau mengambil alih semua pemain mengetahui cara bermain di bawah jurulatih, Peter dan mampu mengutip 3 mata penuh ketika bertemu Laos.”
Tambah beliau, keputusan menang menentang Vietnam tidak akan berubah dan Peter Cklamovski mampu menghadapi isu ini.
” Saya rasa isu ini tidak akan menukar keputusan kemenangan skuad Malaysia ketika bertemu Vietnam dan beliau mengetahui cara untuk menghadapi isu ini dengan mudah,” kata S. Subramaniam ketika di temubual bersama Astro Arena.
Harimau Malaya bakal meneruskan aksi dalam pentas kelayakan Piala Asia 2027 dengan menentang pasukan Laos pada 9 & 14 Oktober 2025.