Syarikat pengeluar petroleum negara, Petronas menafikan bahawa syarikat itu menaja Bangladesh Football League (BFL).
Isu ini timbul apabila satu kilp yang dikongsikan Persekutuan Bola Sepak Bangladesh (BFF) menyatakan Petronas menjadi penaja liga negara itu.
Sebaik saja hantaran itu diketahui di media sosial, ia mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak negara.
Lantaran itu, pengurusan Petronas kemudiannya menafikan dakwaan bahawa syarikat itu menjadi penaja BFL.
“Petronas sedar tentang hantaran-hantaran media sosial berhubung dakwaan menjadi penaja Bangladesh Football League.
“Kami ingin mengesahkan bahawa Petronas tidak memeterai sebarang bentuk persetujuan penajaan untuk Bangladesh Football League atau kita membenarkan penggunaan nama atau jenama yang berkaitan dengan liga ini.
“Petronas mengambil serius integriti jenama kami dan kekal fokus menghasilkan nilai-nilai buat para pemegang taruh dan komuniti-komuniti di mana kami beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk rekod, Petronas menjadi rakan penaja dalam beberapa bidang sukan seperti permotoran dan badminton.