Petronas Taja Bangladesh Football League
MakanBola
Bangladesh Football League

Syarikat gergasi minyak Malaysia, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) diperkenalkan sebagai penaja utama bagi saingan Bangladesh Football League.

Pengumuman ini dilakukan menerusi satu hantaran di laman Facebook Bangladesh Football League yang menyaksikan Petronas diperkenalkan secara rasmi sebagai penaja rasmi liga itu.

”Penantian kini berakhir! PETRONAS bawakan saingan Bangladesh Football League,” umum pihak penganjur.

“Pentas di mana keberanian bertemu gaya bola sepak tanpa batas.”

Saingan Bangladesh Football League musim 2025-2026 akan membuka tirai pada 24 November hadapan dengan seramai 8 pasukan bakal merebut takhta kejuaraan.