Malaysia bakal berdepan cabaran pasukan nombor satu Asia, Iran di peringkat kumpulan Piala Asia Futsal 2026.
Ini selepas cabutan kumpulan kejohanan itu diadakan di Jakarta, Indonesia pada hari ini. Malaysia berada dalam Balang 4 bersama Australia, Lubnan dan Korea Selatan.
Indonesia selaku tuan rumah berada dalam Balang 1. Turut sama berada dalam balang sama ialah Iran, Thailand dan Jepun.
Balang 2 terdiri daripada Vietnam, Uzbekistan, Afghanistan dan Iraq. Kuwait, Tajikistan, Arab Saudi dan Kyrgyzstan pula dalam Balang 3.
Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama Iran yang juga juara bertahan edisi 2024. Dua lagi pasukan yang berada dalam kumpulan sama ialah Afghanistan dan Arab Saudi.
Anak buah Rakhpol Sainetngam layak ke Piala Asia Futsal 2026 selepas menjadi sebahagian daripada lapan pasukan naib juara terbaik di peringkat kelayakan.
Malaysia dan Iran bukan asing kerana kedua-dua pasukan pernah berentap dalam pusingan kelayakan Piala Asia Futsal 2026 di Kuantan, Pahang pada September lalu.
Piala Asia Futsal 2026 akan berlangsung di Jakarta, Indonesia, 27 Januari hingga 7 Februari 2026. Juara dan naib juara kumpulan akan mara ke peringkat suku akhir.