Piala FA: 3 Pemain Terengganu Disebut Bakal Diawasi Imigresen
MakanBola
TERENGGANU FC

Pengendali skuad Imigresen, Yusri Che Lah menyebut 3 pemain Terengganu wajib diawasi oleh pasukan beliau pada aksi Piala FA.

Yusri Che Lah mengemudi pasukan Imigresen pada musim ini dari Perak selepas skuad The Bos Gaurus menarik diri dari saingan Liga Super 2025-2026.

Imigresen bakal menerima kunjungan skuad Terengganu bagi aksi pembukaan saingan Piala FA musim 2025-2026 dengan bertemu pasukan Penyu pada Ahad.

Menurut Yusri Che Lah, beberapa pemain asing dan tempatan Terengganu harus di waspada kerana pemain-pemain tersebut telah bersama sejak beberapa musim lalu.

“Saya rasa Nurillo harus diberi perhatian dengan Careca kerana mereka bergerak begitu baik di tengah.”

“Selain itu, Azam Azmi bermain di posisi pertahanan namun sudah menjaringkan beberapa gol dan skuad Terengganu dipenuhi dengan pemain asing dan tempatan yang sudah bermain bersama sejak 3 atau 4 tahun lalu ianya berlawanan dengan kami,” kata Yusri Che Lah ketika ditemui bual oleh Ainul Abd Rouf.

Skuad Imigresen bakal menghadapi saingan sengit dalam Piala FA dengan menentang Terengganu pada Ahad di halaman sendiri.