JDT berjaya menundukkan pasukan Kuching City dengan keputusan 2-0 dalam aksi kedua separuh akhir Piala FA dan secara agregat 4-1 sekaligus melayakkan diri ke pentas final.
JDT menurunkan Syihan Hazmi di bahagian penjaga gol dan Bergson da Silva mengemudi jentera serangan manakala Matthew Davies menggalas lilitan kapten pasukan.
Sementara itu, Kuching City membariskan Haziq Nadzli di benteng terakhir dan gandingan Danial Asri & Ramadhan Saifullah menjadi ayam tambatan The Cats bagi aksi ini.
JDT tampak bermula garang dengan melancarkan beberapa serangan awal ke arah kubu pasukan pelawat, Kuching City menerusi penyerang sensasi, Bergson da Silva namun segala percubaan tidak menemui sasaran.
Kuching City turut melakukan serangan balas menerusi Ramadhan Saifullah dan Danial Asri namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan pasukan Harimau Selatan.
JDT berjaya membuka akaun jaringan perlawanan pada minit ke 26′ menerusi penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super Malaysia, Bergson da Silva sekaligus menjarakkan defisit gol dengan dua jaringan.
JDT terus menerus mengasak kubu pasukan Kuching City bagi menambah gol agregat namun ketangkasan penjaga gol The Cats, Haziq Nadzli harus diberi pujian.
Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada pasukan tuan rumah, JDT.
Bersambung babak kedua, Harimau Selatan tampak meningkatkan intensiti permainan bagi memastikan slot ke pentas final Piala FA musim ini menjadi milik JDT.
Kuching City dilihat mengekalkan disiplin dalam pertahanan apabila diserang bertubi-tubi oleh pasukan JDT dengan percubaan berbahaya.
Memasuki minit ke 70′ kedudukan masih didahului oleh pasukan tuan rumah, Harimau Selatan dengan dua gol secara agregat.
Syihan Hazmi berjaya menepis percubaan berbahaya dari sebelah kanan oleh penyerang berprolifik Kuching City, Joao Pedro pada minit ke 74′ bagi memastikan bekalan dua gol di hadapan masih dimiliki.
Eddy Israfilov berjaya menambah gol kedua aksi pada minit ke 83′ hasil hantaran cantik oleh Samuel Castillejo di hadapan gawang pasukan Kuching City.
Aksi tamat dengan keputusan 4-1 secara agregat sekaligus memastikan pasukan JDT mara ke pentas final Piala FA musim ini.