Saingan Piala FA musim 2025/26 mencuri tumpuan selepas keputusan undian pusingan 16 pasukan terbaik diumumkan.
Undian pusingan 16 terbaik yang dijalankan oleh Malaysian Football League (MFL) menyaksikan beberapa keputusan undian menarik perhatian peminat bola sepak tanah air.
Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menentang pendatang baharu Liga A1 Semi-Pro, UM-Damansara United.
Saingan kali ini menyaksikan pertemuan setempat Borneo membabitkan Brunei DPMM FC dan Kuching City FC.
Pendatang baharu Liga Super, Imigresen FC pula berdepan cabaran juara Piala Malaysia 2001, Terengganu FC. Negeri Sembilan FC pula akan menentang PDRM FC.
Sabah FC pula akan menentang Bunga Raya FC. Penang FC pula akan menentang juara Liga A1 Semi-Pro musim 2024/25, Melaka FC.
Selangor FC pula bersiap melayan kunjungan Malaysian University FT (MUFT). KL City FC pula akan berdepan cabaran pasukan Pantai Timur, Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC).
Saingan Piala FA musim lalu menyaksikan JDT muncul juara dengan menewaskan Selangor 6-1 di pentas final.