Kuching City berjaya menumpaskan pasukan Terengganu dengan keputusan 1-4 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu dalam aksi pertama suku akhir Piala FA musim ini.
Pasukan tuan rumah, Terengganu membariskan Suhaimi Husin di bahagian penjaga gol dan Diego Landis di benteng pertahanan manakala Careca mengetuai jentera serangan.
Sementara itu, Kuching City menurunkan Haziq Nadzli di benteng terakhir dan Ronald Ngah Wanja menjadi ayam tambatan pasukan tersebut.
The Cats berjaya membuka akaun jaringan seawal minit ke 9′ menerusi ledakan berbisa oleh penyerang sensasi, Ronald Ngah Wanja.
Ronald Ngah Wanja menambah derita pasukan tuan rumah, Terengganu dengan menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti selepas kesilapan pemain pertahanan Peteh, Diego Landis pada minit ke 13′.
Terengganu yang tersentak dengan dua jaringan awal tersebut terus meningkatkan intensiti permainan dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya ke arah gawang Kuching City namun gagal.
Kuching City yang dilihat selesa menguasai hampir keseluruhan perlawanan di separuh masa pertama dengan dua gol di hadapan.
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-2 memihak kepada pasukan pelawat, Kuching City.
Bersambung babak kedua, Kuching City tampak masih mengekalkan rentak dengan melakukan beberapa percubaan awal.
Danial Asri terus memberikan keselesaan kepada pasukan The Cats dengan melepaskan satu rembatan mudah di hadapan gawang pasukan Terengganu pada minit ke 53′.
Yann Mabella berjaya merapatkan kedudukan aksi dengan gol cantik menerusi sepakan penalti selepas kekasaran pemain Kuching City, Jimmy Raymond pada minit ke 67′.
Selepas itu, Yann Mabella terpaksa akur apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke 81′ hasil kesilapan di kawasan pertahanan pasukan Peteh.
Perlawanan tamat dengan keputusan 1-4 memihak kepada pasukan pelawat, Kuching City sekaligus membawa bekalan 3 gol dari Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ke Kuching.
Aksi timbal balik kedua suku akhir Piala FA musim ini di antara Kuching City dan Terengganu bakal berlangsung pada 28 Oktober depan di Stadium Negeri Kuching, Sarawak.