Aksi Piala FA di antara Sabah menentang Bunga Raya ditunda pada waktu baharu & di venue baharu.
Perkara ini telah disetujui oleh kedua-dua kelab bahawa perlawanan timbal balik di akan kekal berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
Perlawanan tersebut bakal berlangsung pada 30 September 2025 dan pukul 4.45 petang dari tarikh asal 13 September 2025 pukul 7.30 malam.
Sabah akan kekal bermain selaku pasukan tuan rumah (PTR) bagi perlawanan ini meskipun beraksi di stadium pelawat.
The Rhinos telah memenangi aksi pertama pusingan 16 Piala FA dengan keputusan 0-6 hasil ledakan hatrik Darren Lok, jaringan Fergus Tierney, Jafri Chew dan Ajdin Mujagic.
Pemenang di antara aksi ini bakal bertemu Kelantan TRW bagi perlawanan suku akhir Piala FA musim ini.
Kelantan TRW telah menumpaskan pasukan KL City dengan keputusan agregat 2-3 di pusingan 16 Piala FA 2025.