Skuad Garuda meneruskan perjalanan Piala Mandiri Asean dengan kemenangan ke atas pasukan Filipina.
Skuad Indonesia memulakan perlawanan dengan empat pertukaran daripada senarai kesebelasan utama ketika menentang pasukan Brunei tempoh hari termasuk penyerang sensasi mereka iaitu Jens Raven dan Filipina menurunkan benteng terakhir mereka iaitu Nicholas Guimaraes.
Indonesia B-23 yang memulakan kempen Piala Mandiri Asean B-23 dengan menewaskan Brunei 8-0 pada perlawanan pertama meneruskan rentak kemenangan apabila menundukkan skuad Filipina dengan jaringan 1-0.
Pada minit awal perlawanan Indonesia dan Filipina membalas serangan yang banyak ke gawang masing-masing tetapi tidak menemui gol sehingga balingan jauh dari Robi Darwis terkena pemain pihak lawan sekaligus menghasilkan jaringan sendiri oleh pasukan Filipina yang menyebabkan Indonesia di hadapan pada minit ke 23.
Indonesia terus menyerang kubu pasukan Filipina tetapi tidak membuahkan hasil sehingga tamat separuh masa pertama yang berkesudahan 1-0.
Indonesia memulakan babak kedua dengan pertukaran Jens Raven dimasukkan bagi menggantikan Hokky Caraka yang mengalami sedikit kecederaan.
Separuh masa kedua permainan Indonesia dan Filipina tampak menarik apabila sama-sama menginginkan jaringan dan 3 mata penuh bagi melayakkan ke pusingan seterusnya.
Sepakan Arkhan Fikri hampir sahaja mengegarkan gawang Filipina untuk meletakkan Indonesia di hadapan dengan lebih selesa pada minit 58.
Filipina terus menyerang dan bertahan dengan baik walaupun berdepan tekanan di halaman penonton Indonesia yang membanjiri Stadium Gelora Bung Karno.
Masa kian suntuk bagi kedudukan pasukan sehingga masuk ke minit 80 yang masih didahului Indonesia 1-0.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa kedua menyaksikan Indonesia hampir pasti melayakkan diri ke pusingan seterusnya dan bakal berdepan Malaysia pada perlawanan terakhir Isnin hadapan di Stadium Gelora Bung Karno.