Thailand berjaya menamatkan Piala Mandiri Asean B-23 di tempat ke-3 selepas menundukkan skuad Filipina dengan keputusan 3-1.
Skuad The Azkals menurunkan Nicholas Guimaraes di bahagian penjaga gol manakala Gavin Muens menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan malam ini.
Thailand pula menurunkan penyerang tajam mereka Yotsakon Burapha di bahagian serangan dan Sittha Boonlha sebagai ketua pasukan pada perlawanan ini.
Pasukan The War Elephants yang menguasai perlawanan sangat berdisiplin di dalam aspek serangan dan bertahan bagi menyekat segala serangan skuad Filipina.
Usaha itu akhirnya membuahkan hasil apabila pada minit ke 28′ pasukan Thailand berjaya mendapat jaringan pertama hasil daripada pemain bernombor 14′ Phanthamit Praphanth.
Filipina yang menggandakan usaha untuk menyamakan kedudukan tetapi tidak berhasil kerana skuad Thailand bermain dengan sangat berdisiplin.
Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-0 bagi memastikan skuad Thailand selesa di hadapan.
Memasuki masa kedua kedua-dua pasukan masih bertenaga untuk mencari jaringan bagi memastikan tempat ketiga milik mereka.
Pada minit ke 74′ Thailand berjaya menjaringkan gol kedua bagi memastikan tempat ketiga menjadi milik mereka oleh Siraphop Wandee.
Filipina meneruskan lagi perlawanan dengan semangat bagi mencari jaringan pertama untuk menyalakan peluang memenangi pertandingan ini. Semangat itu membuahkan hasil apabila Otu Bisong berjaya menjaringkan gol pada minit ke 79′.
Thailand menambah lagi jaringan pada minit ke 86′ menerusi Seksan Ratree bagi mengukuhkan lagi kedudukan di posisi ketiga Piala Mandiri B-23 tersebut.
Perlawanan tamat dengan keputusan 3-1 memihak kepada Thailand dan mengesahkan tempat ketiga menjadi milik mereka.