Piala Mandiri B-23: Thailand Ranapkan Impian Besar Myanmar
MakanBola
Changsuek

Myanmar berjaya mengikat Thailand walaupun berdepan cabaran yang sukar ketika menentang Thailand di Stadium Patriot Bekasi Indonesia.

Thailand yang menurunkan Sorawat Phosaman di bahagian gawang manakala penyerang muda berkualiti mereka iaitu Yotsakon Burapha untuk mengetuai jentera serangan dan Seksan Ratree sebagai kapten malam ini.

Sementara itu, Myanmar menurunkan Min Maw Oo sebagai ketua pasukan manakala Than Toe Aung di bahagian hadapan untuk menjaringkan gol

Selain itu, Moe Swe sebagai jentera tengah Myanmar bagi memenangi dan mengawal bola di bahagian tengah.

Perlawanan dimulai dengan serangan yang laju oleh pasukan Thailand bagi memastikan mendahului perlawanan secepat mungkin.

Namun serangan tersebut berjaya dipatahkan oleh pihak Myanmar. Myanmar yang bermain dengan sangat baik dan berdisiplin berjaya mengikat Thailand sehingga tamat separuh masa pertama yang berkesudahan 0-0.

Separuh masa kedua dimulakan dengan kedua-dua pasukan melakukan serangan bertubi-tubi ke gawang masing-masing bagi menyalakan peluang ke separuh akhir.

Thailand yang hanya memerlukan keputusan seri bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya Piala Mandiri dilihat lebih selesa mengawal perlawanan.

Sementara itu, Myanmar yang hanya kemenangan bakal membawa mereka ke pusingan seterusnya tampak tertekan untuk memecahkan jaringan pada malam ini.

Kedudukan 0-0 sehingga minit ke 75 menyaksikan kedua-dua negara meningkatkan serangan di gawang lawan masing-masing tetapi masih gagal mencari gol pembukaan.

Myanmar memasukkan dua pertukaran pada minit ke 80 bagi menguatkan jentera serangan untuk mendapatkan jaringan sekaligus bakal mencerahkan peluang Myanmar ke peringkat seterusnya.

Masa kian suntuk bagi kedua-dua pasukan untuk memecahkan kebuntuan jaringan namun pasukan Myanmar masih bernafsu menyerang untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Keputusan tamat dengan seri tanpa jaringan sekaligus melayakkan Thailand ke pusingan separuh akhir manakala Myanmar terpaksa meninggalkan pentas Piala Mandiri Asean B-23.