PSBS Biak Ujian Pemanas Badan Brunei DPMM
MakanBola
DPMM FC

Pasukan Brunei DPMM FC memilih kelab Indonesia, PSBS Biak sebagai ujian pemanas badan menjelang saingan Liga Super musim 2025/26.

Pengumuman aksi pra-musim itu dibuat pengurusan DPMM di platform rasmi mereka. Perlawanan tersebut akan diadakan pada 1 Ogos ini di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah.

“DPMM FC bakal menjadi tuan rumah kelab Liga 1 Indonesia, PSBS Biak Numfor untuk aksi persahabatan pra-musim pada 1 Ogos 2025 di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah.

“PSBS Blak Numfor meraih tempat kesembilan dalam Liga 1 Indonesia pada musim lepas. Ini akan menjadi ujian yang baik buat DPMM FC untuk musim pertama mereka dalam Liga Super Malaysia,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Antara muka baharu yang dijangka diketengahkan DPMM untuk aksi tersebut ialah Ramadhan Sananta, Fairuz Zakaria, Tommy Mawat Bada dan Amani Aquinaldo.

DPMM juga sibuk menguji beberapa pemain yang diharap dapat memperkuatkan pasukan itu. Antara pemain yang menjalani sesi pemilihan dengan kelab itu ialah Scott Allardice dan Chijioke Akuneto.