Penyerang berprolifik dari Indonesia, Ramadhan Sananta tidak sabar untuk bertemu pemain sayap kiri Malaysia, Faisal Halim.
Ramadhan Sananta baharu berpindah ke kelab berpangkalan di Brunei iaitu DPMM dari Persis Solo, Indonesia.
Beliau memulakan karier bola sepak di PPLP Kepri pada tahun 2018 dan menyertai Harjuna Putra setelah tiga 3 tahun di PPLP manakala meneruskan aksi sebagai pemain bola sepak di Persikabo 1973.
Selepas itu, Ramadhan meneruskan karier sebagai pemain bola sepak dengan menyertai PSM Makassar pada tahun 2022 sebelum berpindah ke Persis Solo selepas berkelana di Makassar selama satu musim.
Beliau merekodkan satu piala ketika bersama PSM Makassar pada musim 2022-2023 dengan memenangi Liga 1 Indonesia.
“Antara salah seorang pemain yang saya tidak sabar untuk lawan adalah Faisal Halim, jadi ini kali pertama kelab bakal menentang Selangor dan kami semua sudah bersedia sebaiknya.”
“Tapi mestilah kalau boleh saya mahu jaringkan gol lagi, cuma saya tidak mahu ingat dah jaringan ketika lawan PDRM FC sebab nak elak tekanan yang tidak sepatutnya.”
“Ada sedikit perubahan taktikal yang jurulatih terapkan untuk lawan esok sebab banyak sebenarnya kesilapan tempoh hari terutamanya daripada segi komunikasi yang kurang.”
“Apa pun, kita sedar ini adalah pasukan baharu dan kita harap segala kekurangan yang ada dapat ditambah baik untuk aksi-aksi akan datang,” kata Ramadhan Sananta ketika di temubual oleh MFL.
Skuad The Red Giants bakal menerima kunjungan Ramadhan Sananta dan Brunei DPMM bagi aksi kedua Liga Super musim 2025-2026 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada malam Selasa.