Ramai Tak Sedar Di Mana Arif Aiman
MakanBola
Johor Southern Tigers

Peminat seakan tidak menyedari keberadaan kedudukan pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.

Tonggak berusia 23 tahun itu menjadi tunjang utama skuad Harimau Selatan sejak beberapa musim kebelakangan ini dalam semua kejohanan yang disertai.

Beliau terus menjadi sandaran pasukan kendalian Xisco Munoz namun terpaksa diketepikan sejak akhir November selepas mengalami kecederaan ketika bersama pasukan kebangsaan.

Sebelum ini, Arif telah memecahkan rekod yang dipegang oleh pemain tengah lagenda JDT, Safiq Rahim dalam catatan bantuan jaringan sepanjang zaman kelab.

Arif yang sebahagian besar kariernya sebagai pemain sayap kini telah merekodkan 70 bantuan jaringan – mengatasi rekod yang dipegang Safiq sebelum ini (68).

Pemain utama Harimau Malaya ini terus membuktikan kalibernya selaku antara peledak berbisa pasukan selepas menjadi satu-satunya penjaring tempatan dalam perebutan kasut emas Liga Super 2025-26.

Beliau kini merekodkan tujuh jaringan dengan lima dipisahkan oleh kedudukan duo berbisa Harimau Selatan, Bergson Da Silva dan Jairo (12 gol). 

Arif mengekori rapat kedudukan dua penyerang import, Ronald Ngah Wanja (Kuching City) yang memiliki 9 gol termasuklah Chrigor Moraes (11) setakat ini.

Walau bagaimanapun, pemain lincah ini masih mengharungi proses pemulihan selepas menjalani pembedahan baru-baru ini.