Malaysia berpeluang menambah kutipan mata ranking FIFA sekiranya berhasil mengatasi Singapura dalam perlawanan persahabatan pada Khamis.
Pasukan Harimau Malaya bimbingan Peter Cklamovski bakal turun dalam aksi persahabatan menentang negara jiran iaitu Singapura dalam persiapan hadapi Kelayakan Piala Asia pada Oktober.
Seramai 29 pemain telah disenaraikan dengan 7 tonggak dari luar negara dipanggil memperkuat pasukan untuk pertemuan Derbi Seberang Tambak kali ini dalam misi besar merekodkan kemenangan.
Kemas kini ranking oleh FIFA menyaksikan pasukan negara berpeluang untuk mengutip tambahan mata sebesar +3.86 seandainya beraksi cemerlang menumpaskan Singapura di Bukit Jalil.
Tambahan mata ranking +3.86 ini dijangka akan melonjakkan ranking Malaysia ke kedudukan ke-123 dunia, kenaikan dua anak tangga berbanding ranking semasa iaitu 125 dunia ketika ini.
Seandainya perlawanan ini berakhir dengan keputusan seri atau pun kemenangan memihak Singapura, Malaysia bakal berdepan kerugian untuk menambah mata ranking FIFA kali ini.
Aksi Malaysia vs Singapura akan berlangsung pada Khamis, 4 September ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula perlawanan dijadualkan jam 9 malam waktu tempatan.