Peningkatan Ranking FIFA Malaysia mencuri tumpuan tatkala Vietnam berada dalam tekanan.
Skuad kendalian Peter Cklamovski cemerlang menewaskan jaguh Asia Tenggara itu dengan keputusan 4-0 pada aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Harimau Malaya berjaya memungut tambahan mata penting sebanyak +11.97 mata berdepan Bintang Pahlawan Emas untuk mengumpul 1235.54 mata berdasarkan kemas kini ranking FIFA terbaru.
Hal ini membolehkan skuad kebangsaan melonjak enam tangga untuk menduduki tangga ke-125 dunia setelah sekian lama tidak berada dalam kelompok 120 pasukan terbaik dunia.
Vietnam kendalian Kim Sang-sik menaggung akibat selepas tewas di tangan Harimau Malaya apabila kehilangan -13.99 mata dan turun ke tangga 113 dunia dengan 1169.84 mata.
Malaysia bagaimanapun kekal selaku pasukan keempat terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (101), Vietnam (113) dan juga Indonesia (118).
Skuad kebangsaan berpeluang untuk meraih tambahan mata FIFA dan memperbaiki kedudukan apabila beraksi di CAFA Nations Cup pada akhir Ogos ini.