Malaysia mencatatkan peningkatan tertinggi ranking FIFA berakhirnya tahun 2025.
Skuad kendalian Peter Cklamovski menutup kempen 2025 dengan kemenangan ke atas Nepal dengan keputusan 1-0 pada aksi kelima Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Malaysia juga turut cemerlang apabila menduduki tangga teratas kumpulan selepas mencatat lima kemenangan – 3 mata mengatasi pasukan tangga kedua, Vietnam (12 matq).
Harimau Malaya terus merekodkan pencapaian terbaik dalam kedudukan ranking FIFA selepas mencatat peningkatan tertinggi di Asia Tenggara bagi tahun 2025.
Pasukan kebangsaan kini menduduki tangga ke-116 dunia dengan 1168.41 mata, naik 16 tangga berbanding kedudukan berakhir Disember 2024 dengan 1116 mata.
Peningkatan ini membolehkan Malaysia menjadi pasukan dengan kenaikan tertinggi di Asia Tenggara dan mencatatkan rekod lebih baik berbanding Thailand (naik dua tangga) dari kedudukan 97 ke 95 dunia.
Indonesia yang kini menduduki tangga ke-122 dunia pula hanya meningkat lima tangga berbanding kedudukan 127 dunia pada Disember tahun lalu.
Filipina yang menduduki tangga ke-136 dunia pula menjadi pasukan kedua dari ASEAN dengan peningkatan terbaik iaitu sebanyak 14 tangga dari kedudukan 150 dunia.
Ujian terakhir Malaysia pada kempen kelayakan adalah aksi berdepan Vietnam di tempat lawan pada 25 Mac 2026.