Ranking Malaysia kini terus mencatatkan peningkatan mendadak dan meletakkan tekanan kepada jaguh Asia Tenggara, Vietnam.
Skuad kendalian Peter Cklamovski tampil dengan persembahan cemerlang apabila menewaskan pasukan ke-159 dunia, Singapura dengan keputusan 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Momentum luar biasa pasukan kebangsaan itu diteruskan apabila mencatatkan satu lagi kemenangan ke atas pasukan ke-98 dunia, Palestin menerusi kemenangan tipis 1-0.
Skuad kebangsaan berjaya meraih tambahan +9.75 mata daripada dua aksi penting tersebut untuk mengumpul 1148.23 berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.
Malaysia kini merupakan pasukan keempat terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (102), Vietnam (114) dan juga Indonesia (119).
Kedudukan pasukan Kim Sang-sik terus mencuri tumpuan selepas dibelasah oleh Malaysia 4-0 pada aksi kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Terbaru, Bintang Pahlawan Emas tunduk 4-0 kepada kelab, Thép Xanh Nam Định pada satu aksi persahatan baru-baru ini sekali gus memberikan tamparan hebat buat pasukan.
Situasi semasa menyaksikan Harimau Malaya hanya terpisah 9 anak tangga dengan Vietnam menjelang aksi ketiga kelayakan.
Kedua-dua pasukan bakal bertemu sekali lagi pada aksi terakhir kumpulan pada 31 Mac 2026 di Vietnam.