Raul Parra Rekrut Baharu JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan kehadiran bek kanan baharu dari Sepanyol, Raul Parra.

Berita perpindahan pemain berusia 25 tahun ini diumumkan oleh laman Johor Southern Tigers menerusi suatu hantaran video yang menyaksikan ketibaan Raul Parra di stadium JDT, Stadium Sultan Ibrahim.

”Raul Parra sertai Harimau Selatan,” umum JDT di laman media sosial.

Untuk rekod, Raul Parra menghabiskan musim lalu beraksi bersama Al-Mina’a SC serta Eldense secara pinjaman dari Estoril dengan 20 penampilan keseluruhan buat kelab Iraq dan Sepanyol itu.

Raul Parra yang bakal menyarung jersi nombor 36 di JDT mampu beraksi di posisi bek kanan dan juga pertahanan tengah sekaligus bakal memberi pilihan tambaha kepada Xisco Munoz.

Beliau menjadi pemain kedua yang diperkenalkan oleh JDT pada hari ini setelah ketibaan pemain tengah dari Sepanyol iaitu Ager Aketxe yang sertai pasukan dari Real Zaragoza.