Reputasi 3 Bek JDT Jadi Perhatian Di Piala Sumbangsih
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGER

3 pertahanan JDT bakal menjadi perhatian bagi aksi pembukaan Liga Super iaitu Piala Sumbangsih pada minggu ini.

JDT yang mempunyai lambakan pemain berkualiti dari luar negara seperti Sepanyol dan Brazil dijangka tidak berdepan masalah ketika bakal turun menentang skuad Selangor bagi aksi perebutan Piala Sultan Haji Ahmad Shah.

Antara pemain yang bakal diberi perhatian bagi aksi tersebut ialah 3 pertahanan kental JDT yang bakal menyekat segala serangan berbahaya dari pemain Selangor.

“Saya rasa mereka akan bermain dan mempunyai keampuhan di benteng akhir seperti Eddy Israfilov di musim pertama beliau mempunyai kemampuan mendapat clean sheet yang banyak di pentas domestik”

“Selain itu, Glauder datang dengan reputasi terbaik yang merupakan bekas pemain remaja Villarreal dan Barcelona juga pernah beraksi bersama Villareal C dan Cadiz”

“Saya melihat kemampuan beliau ketika beraksi pra-musim di Sepanyol. Pemain ini juga boleh diberi pilihan. Namun tiga pilihan saya untuk pertahanan JDT ketika menentang Selangor ialah Park Jun Heong, Jon Irazabal dan Eddy Israfilov”

“Ini disebabkan Jon Irazabal yang beraksi di Liga Azerbaijan tetapi ketika bersama Harimau Malaya tidak mempunyai masalah untuk mengadaptasi taktikal”

“Selain itu, Park Jun Heong dan Eddy Israfilov yang mempunyai kelebihan bermain satu musim pada musim lepas dijangka bakal diturunkan bersama-sama Jon Irazabal di bahagian pertahanan,” kata Zulhelmi Zainal Azam ketika bersama Astro Arena di saluran Youtube .

Skuad JDT bakal menerima kunjungan Selangor bagi aksi pembukaan Liga Super musim ini di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat ini.