Risiko Besar Malaysia Berdepan Nepal
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia perlu mengelak risiko besar dan terjerat bertemu Nepal, Selasa ini.

Harimau Malaya telah mula menjalani latihan pusat pada Isnin, 10 November 2025 sebagai persediaan menghadapi aksi kelima Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

Ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski telah memanggil seramai 27 pemain kebangsaan ke kem latihan pusat dengan beberapa pemain muda menjadi sandaran seperti Luqman Hakim, Harith Haiqal dan juga Ubaidullah Shamsul.

Malaysia yang kini menduduki tangga teratas kumpulan dengan rekod kemenangan 100 peratus bakal mengharungi aksi terakhir di laman sendiri berdepan pasukan ke-180 dunia, Nepal.

Sungguhpun berpotensi untuk meraih tambahan +6.88 mata sekiranya melakar kemenangan, laluan pasukan kebangsaan tidak boleh dianggap mudah.

Pasukan kebangsaan perlu mengelak kekalahan mengejut ke atas pasukan kendalian Hari Khadka tatkala berisiko untuk kehilangan  -18.12 mata yang bakal menjejaskan kedudukan ranking FIFA negara.

Keputusan seri juga bakal menyebabkan pasukan negara bakal hilang -5.62 mata tatkala kini menduduki tangga ke-118 dunia.

Aksi Malaysia vs Nepal dijadual pada Selasa, 18 November 2025 jam 9.00 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.