Rodrigo Holgado Ceria Bersama Leandro Velasquez
MakanBola
Rodrigo Holgado

Penyerang baru Harimau Malaya, Rodrigo Holgado dilihat ceria bersama bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Leandro Velasquez baru-baru ini.

Ini selepas penyerang berusia 29 tahun itu menaikkan gambar mereka dalam satu hantaran di Instagram Story.

GuBNQG6aoAANlfB Rodrigo Holgado Ceria Bersama Leandro Velasquez

Gambar tersebut dipercayai dinaikkan selepas aksi terbaru antara America de Cali dan Independiente Medellin baru-baru ini. Perlawanan itu berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Gambar Holgado dan Velasquez turut dikongsikan akaun Harimau Abroad baru-baru ini.

“Penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado bersama bekas bintang JDT, Leandro Velazquez. Mereka sebelum ini pernah bermain bersama di Veracruz, Mexico,” katanya di X.

Holgado dan Velasquez saling mengenali kerana pernah beraksi bersama kelab Mexico, Veracruz pada musim 2017.

Pemain tengah Argentina itu kemudiannya berpindah ke kelab Rionegro Aguila pada 2018. Setelah itu, Velasquez menyertai JDT buat kali kedua pada 2019.

Sepanjang bersama Harimau Selatan, Velasquez telah merekodkan 101 penampilan, 32 gol dan 27 bantuan gol. Selepas meninggalkan JDT, bekas pemain Newell’s Old Boys itu berstatus ejen bebas sehingga hari ini.