Rodrigo Holgado Nikmati Setiap Detik Bersama Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Penyerang Harimau Malaya, Rodrigo Holgado mengakui beliau menikmati setiap detik bersama pasukan itu.

Komen itu dibuat apabila ditanya tentang pengalaman menyertai skuad kebangsaan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Holgado yang mewakili America de Cali mengakui ini satu pengalaman baharu buat dirinya sebagai pemain bola sepak.

Meskipun perlu menempuh tempoh perjalanan yang lama untuk sampai di Malaysia, penyerang berusia 30 tahun itu tetap menghargai pengalaman bersama pasukan yang dibimbing Peter Cklamovski itu.

“Pengalaman beraksi di sini untuk skuad kebangsaan merupakan sesuatu yang baru dan ia sesuatu yang bagus. Saya baru mengetahuinya bila tiba di sini bersama isteri saya.

“Saya menikmati setiap minit yang ada bersama skuad kebangsaan. Dan saya rasa gembira kerana dapat mewakili negara ini,” katanya kepada Win Sports.

Holgado berpotensi diturunkan untuk aksi menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 8 September ini.

Sebelum ini, Cklamovski memilih untuk tidak menurunkan beliau ketika aksi menentang Singapura pada 4 September lalu.