Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mencabar pasukan itu memecatnya sekiranya pengurusan kelab mahu beliau mengubah falsafah permainannya.
Hal ini dinyatakan pengurus Portugal itu dalam sidang media pasca-perlawanan membabitkan United dan musuh tradisi, Manchester City.
Sejak tiba di Manchester pada November tahun lalu, Amorim cenderung menggunakan formasi 3-4-3 untuk membentuk kesebelasan The Red Devils.
Meskipun begitu, prestasi tidak menentu membabitkan formasi itu terus membelenggu United. Terbaru, United tewas 3-0 di tangan City menerusi dua gol Erling Haaland dan Phil Foden.
Apabila ditanya sama ada beliau bersedia mengubah pendekatannya untuk mengubah nasib United, Amorim tetap mempertahankan falsafah pilihannya itu.
Ini mendorong bekas jurulatih Sporting Lisbon itu mengingatkan pengurusan United bahawa jika itu yang diminta mereka, maka mereka perlu mencari orang lain sebagai jurulatih.
“Ini bukan rekod yang kita mahukan di Manchester United. Terdapat banyak perkara yang anda tak tahu berlaku dalam beberapa bulan ini tetapi saya terimanya. Tapi saya takkan ubah (falsafah permainan).
“Kalau saya nak ubah falsafah saya, saya akan ubah. Jika tidak, anda perlu ubah orangnya. Kita ada bercakap tentangnya setiap kali kita kalah. Saya tak percaya dengan sistem atau apa-apa saja.
“Saya percaya cara saya dan saya akan main ikut cara saya sehingga saya mahu mengubahnya,” katanya.
Sekiranya pengurusan The Red Devils menyahut cabaran tersebut, mereka dilaporkan sudah mempunyai calon pengganti Amorim iaitu Unai Emery.
Give Me Sport melaporkan pengurus Aston Villa itu dilihat calon ideal untuk mengubah nasib pasukan tersebut,