Ruventhiran Tinggalkan Aguilas-UMak
MakanBola
Aguilas-UMak FC

Bekas pemain pertahanan Selangor FC, V. Ruventhiran tidak lagi bersama kelab Filipina, Aguilas UMak.

Perkara ini disahkan pemain pertahanan berusia 24 tahun itu menerusi satu kenyataan di Instagram baru-baru. Khabar sama turut dikongsikan Harimau Abroad.

“Selamat tinggal! Saya bersyukur menjadi sebahagian daripada keluarga ini. Sulong Aguilas,” katanya.

Selepas menyertai kelab itu pada Ogos lalu, Ruventhiran merekodkan enam penampilan dan dua bantuan gol.

Bekas pemain PJ City FC itu kembali tatkala tetingkap perpindahan kedua Liga Super dibuka tidak lama lagi.

Selain Selangor, PJ City dan Aguilas-UMak, Ruventhiran juga pernah mewakili Sabah FC. Beliau juga mewakili Harimau Malaya sebanyak sembilan kali di pentas antarabangsa.

Mampu beraksi di posisi sayap kiri, Ruventhiran juga mampu beraksi di posisi bek kiri jika diperlukan.

Sebelum menyertai Aguilas-UMak pada Ogos lalu, beliau pernah dikaitkan dengan Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC).