Sabah Bakal Buat Rombakan Hadapi Kelantan TRW
MakanBola
SABAH FC

Skuad The Rhinos bakal membuat rombakan ketika menghadapi pasukan Kelantan TRW bagi aksi Liga Super.

Sabah dijadualkan bakal bertemu Kelantan TRW pada Sabtu di Stadium Likas bagi perlawanan ke 2 Liga Super skuad tersebut.

Sabah memulakan kempen Liga Super pada musim ini dengan keputusan seri ketika menentang Kuala Lumpur City di Stadium Bola Sepak Cheras pada 13 Ogos lalu.

Selepas itu, Sabah meneruskan aksi pertama dalam saingan pusingan 16 Piala FA dengan kemenangan besar 0-6 bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman pada 17 Ogos.

Menurut ketua jurulatih Sabah, Jean Paul, beliau akan melakukan beberapa rombakan di dua posisi bagi aksi ini untuk mengubah cara permainan.

“Saya rasa akan melihat beberapa pilihan yang bagus. Kami akan melakukan beberapa perubahan dari segi bertahan dan serangan.”

“Dari segi bertahan kami akan lebih mementingkan disiplin dan kami akan mencuba lebih banyak menghantar bola ke dalam kotak penalti lawan untuk mendapatkan lebih banyak peluang jaringan,” kata Jean Paul ketika di temu bual oleh Astro Arena.

Sabah bakal bertemu Kelantan TRW bagi aksi ke 2 Liga Super di Stadium Likas pada Sabtu.